登入選單
返回Google圖書搜尋
註釋

 Dalam buku ini, penulis mengadunkan pengalaman hidup lebih 40 tahun sebagai seorang insan bergelar wanita yang  lahir dan menghabiskan sebahagian besar hidup di bumi  bertuah ini, lebih 20 tahun sebagai pengamal perubatan dan aktivis NGO yang sentiasa responsif terhadap keadaan sosial masyarakat yang begitu dipengaruhi oleh perkembangan  politik, ekonomi, teknologi dan persekitaran. 


Dengan memilih tajuk isu semasa, penulis cuba menggarap  persoalan yang timbul dan mengemukakan beberapa  premis yang berasaskan data serta bukti sebelum 
mencadangkan beberapa tindakan yang perlu diambil di  peringkat individu dan masyarakat. 

Akhirnya, semoga timbullah kesedaran yang mendalam,  betapa manusia ini sudah sedia dibekalkan dengan manual  kehidupan yang lengkap sempurna oleh Allah melalui  panduan Kitab al-Quran yang dihidupkan dengan  demonstrasi sepanjang hayat kehidupan Rasulullah SAW  melalui catatan sunnah baginda yang mulia. 

Pada akhir pembacaan naskhah Santunan  Fitrah ini, kita boleh membuat kesimpulan  bahawa  tiada cara yang lebih baik untuk menjalani kehidupan 
melainkan kembali kepada fitrah yang ditentukan Allah! 

Semoga ada sedikit manfaat yang mampu dicedok untuk  menambah keluasan sudut pandang serta meningkatkan  tahap intelektual. Kerana sesungguhnya, itulah objektif  utama penulisan buku ini.