登入選單
返回Google圖書搜尋
註釋

Melampau terjadi apabila seorang Muslim bersikap keterlaluan pada satu-satu amalan atau kepercayaan. Sikap ini ditegah dalam Islam kerana ia merosakkan kepercayaan dan ajaran yang ada dalam Islam.

Buku ini menjelaskan sikap melampau yang dilakukan oleh umat Islam. Pencerahan ini bertujuan menjauhkan umat Islam daripada bersikap melampau dalam segala urusan kehidupan mereka. Cukuplah dengan apa yang terjadi kepada generasi lalu yang keterlaluan mengangkat sosok seorang nabi sehingga bertaraf Tuhan. Lalu ajaran-ajaran mereka menjadi cacamarba sehingga tiada lagi cahaya yang tersisa.

Ketahuilah, sebaik-baik jalan yang diterima Allah s.w.t. adalah kembali berada di atas landasan benar yang dibawa oleh al-Quran dan al-Sunnah.