Kadangkala di saat hati sedih, buntu memikirkan masalah kehidupan yang tidak berkesudahan, kita lebih suka mencari keseronokan lain untuk melupakan masalah. Namun, Allah SWT telah menitipkan Al-Quran kepada umatNya agar kehidupan manusia terpandu dengan baik. Jika terasa diri jauh daripada Tuhan, buka dan bacalah Al-Quran. Sayangilah Al-Quran melebihi apa yang ada di sekeliling anda, kerana ia kalam Allah. Pastikan Al-Quran sentiasa ada.