登入選單
返回Google圖書搜尋
註釋

INDAHNYA PERTEMUAN INI

Dalam sebuah ḥadiś dinyatakan bahawa apabila Allah I meredai seseorang hamba maka Allah I memerintahkan ʿIzraʾil u, “Bawalah roh hambaku itu. Aku akan menggembirakannya. Dia telah selesai diuji. Dia telah berjaya dalam ujian sebagaimana yang Aku kehendaki”. ʿIzraʾil u datang kepadanya diiringi oleh 500 malaikat yang lain. Setiap seorang daripada para malaikat itu memberi berita gembira kepada si mati itu dengan berita yang tidak diberikan oleh malaikat yang lain. Setiap daripada mereka juga membawa ranting-ranting raihan dan akar-akar zaʿfaran. Para malaikat itu akan berdiri dalam dua barisan.

 

Sayyidina Tamim Dari t berkata, Allah I berfirman kepada ʿIzraʾil u, “Pergilah ke sisi waliku itu dan bawalah rohnya. Aku telah mengujinya dalam waktu gembira dan sedih. Dia telah berjaya dalam ujian itu sebagaimana yang Aku inginkan. Bawalah dia ke sini agar dia terlepas daripada segala susah payah dunia.” ʿIzraʾil u akan datang bersama kumpulan 500 malaikat yang lain. Di sisi setiap malaikat itu ada kain kafan dari syurga. Di tangan-tangan mereka terdapat jambangan bunga raihan. Dalam setiap jambangan ada bunga-bunga dalam 20 warna yang berlainan dan dari setiap warna semerbak terpancar keharuman yang berlainan. Dan terdapat sehelai sapu tangan sutera putih yang diisikan dengan kasturi yang semerbak mewangi.