登入選單
返回Google圖書搜尋
Ada Apa Dengan Karbala
註釋

Apakah sebenarnya yang berlaku di Karbala?

Sejauh manakah pula kita mengenali Saidina Husein, salam sejahtera dan keredaan Allah S.W.T ke atas beliau, yang merupakan watak utama dalam tragedi Karbala?

– Adakah beliau hanya sekadar cucu Nabi s.a.w?

– Adakah sayangnya Nabi s.a.w kepada beliau hanyalah seperti sayangnya seorang datuk kepada cucunya?

– Apakah kelebihan-kelebihan beliau, yang terdapat dalam hadith-hadith Nabi s.a.w?

– Sejauh manakah kita tahu tentang sejarah hidup beliau?

– Apa pandangan politik beliau?

– Siapa kawan dan lawan beliau?

– Apakah sebenarnya yang berlaku sehingga menyebabkan beliau gugur syahid di Karbala?

Apakah sebenarnya yang berlaku, sebelum, semasa dan selepas tragedi Karbala, berdasarkan kitab-kitab ulama Sunni?

Adakah tragedi ini sesuatu yang patut dikenang, ataupun ia termasuk “barang yang lepas jangan dikenang?”

Buku ini akan membantu anda dalam mencari jawapan kepada persoalan-persoalan tersebut.