登入選單
返回Google圖書搜尋
Pengalaman Sebenar - Program Kerjasama Pembangunan Perkhidmatan Kesihatan Daerah Hulu Langat (KPPK)
其他書名
Survei Kesihatan Daerah Hulu Langat, Selangor, Malaysia.
出版Kelab EIA, 2002-01-01
URLhttp://books.google.com.hk/books?id=A5c6BAAAQBAJ&hl=&source=gbs_api
EBookSAMPLE
註釋Buku pengalaman survei Hulu Langat ini telah berjaya diterbitkan oleh Jabatan Kesihatan Masyarakat, Fakulti Perubatan UKM melalui Program Kerjasama Pembangunan Perkhidmatan Kesihatan Daerah Hulu Langat (KPPK) bertujuan untuk mendokumentasikan kaedah membentuk suatu program kerjasama pembangunan kesihatan melalui perkongsian pintar.
Buku ini memaparkan pengalaman sebenar yang dilalui oleh Jabatan ketika merangka, merancang seterusnya menjalankan survei dan promosi kesihatan komuniti. Adalah diharapkan buku ini akan menjadi panduan berguna untuk mengukuhkan lagi perancangan dan perlaksanaan aktiviti yang melibatkan komuniti terutama ketika dilapangan kepada para penyelidik di masa akan datang.
Saya percaya buku ini akan menjadi panduan dan maklumat berharga kepada mereka yang berminat untuk membangunkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan dikalangan masyarakat. Saya amat berbangga kerana dapat menjadi sebahagian daripada peneraju dalam aktiviti ini.
Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada Jabatan Kesihatan Masyarakat terutama kepada kakitangan Program Kerjasama Pembangunan Perkhidmatan Kesihatan Daerah Hulu Langat (KPPK) kerana telah menunjukkan komitmen yang tinggi di dalam menjayakan program yang penting ini seterusnya mencapai cita-cita untuk berjaya menjadi sebuah program yang unggul dan seterusnya menjadi model dalam membekalkan perkhidmatan promosi kesihatan yang bermutu tinggi, sistematik dan holistik ke arah mencapai tahap kesihatan masyarakat yang optima.