登入選單
返回Google圖書搜尋
Kerja Lapangan Teknik, Prosedur dan Aplikasi dalam Geografi (Penerbit USM)
註釋

 Buku ini menghimpunkan 16 buah tajuk dalam tiga tema utama dalam Geografi, iaitu teknik, prosedur dan aplikasi kerja lapangan bidang Geografi Fizikal dan Geografi Manusia. Ia bertepatan dengan keperluan mengendalikan kerja lapangan yang merupakan teras dalam bidang Geografi kerana fokus disiplin ini terhadap saling hubungan antara fenomena alam fizikal dengan manusia. Buku ini juga memaparkan pelbagai contoh aplikasi yang boleh dijadikan panduan dalam pengendalian kerja lapangan sama ada dalam  persekitaran tempatan atau wilayah. Oleh hal yang demikian, buku ini sesuai dijadikan rujukan kepada ahli akademik, penyelidik, mahasiswa, guru dan pelajar sekolah yang terlibat dalam merancang, menjalankan, dan melaporkan hal berkenaan kerja lapangan. Walaupun fokus buku ini adalah aplikasi dalam bidang Geografi, teknik dan prosedur, kerja lapangan yang dibincangkan sesuai untuk diaplikasi dalam bidang seperti Alam Sekitar, Biologi dan Sains Sosial.