登入選單
返回Google圖書搜尋
Fatwa Ulama Tentang Fitnah ISIS Yang Sedang Membara
註釋

Tentang Buku:

Ini adalah sebuah kitab yang mengimpunkan fatwa daripada 33 orang ulama (Arab Saudi, Yaman, Mesir dll) tentang Jama’ah ISIS (Islamic State Of Iraq And Syam). Segelintir masyarakat dan media gemar menisbahkan dan mengaitkan kelompok pengganas ini dengan Manhaj Salafi sehingga mereka memberikan banyak gelaran-gelaran yang buruk kepada orang-orang yang berpegang teguh dengan sunnah Nabi -sallallahu ‘alaihi wasallam- seperti gelaran “Wahhabi, “Teroris”, “Pengganas” “Salafi Jihadi”, “Salafi Takfiri” dan banyak lagi.

Persoalannya, sejauh manakah kebenaran daripada gelaran buruk yang mereka lemparkan ini? Benarkah orang yang berpegang teguh dengan Manhaj Al-Salaf Al-Soleh mudah menghukum kafir saudara seislam yang lain, dahagakan darah, menghalalkan harta umat Islam, menghalalkan pengeboman berani mati, menghalalkan pemberontakan ke atas pemerintah dan lain-lain? -wal’iyadzu billah-.

Sekiranya anda salah seorang dari mereka yang biasa dengar tuduhan dan tohmahan di atas, insyaAllah semua itu akan dijawab setelah anda baca dan fahamkan isi kandungan buku ini. Semoga Allah memberikan taufik dan hidayah-Nya kepada seluruh umat Islam di negara kita ini menuju ke jalan yang lurus.

Di bahagian nota kaki (di sela-sela beberapa fatwa), penulis -hafizahullah- ada membincangkan tentang pembahasan-pembahasan yang selalu ditanyakan dan amat penting untuk kita ketahui iaitu:

1) Penjelasan Tentang Hak Allah Yang Terbesar.

2) Penjelasan Tentang Hakikat Sebenar Al-Jama’ah.

3) Penjelasan Tentang Al-Hanifiyyah (Millatu Ibrahim).

4) Penjelasan Tentang Kewajipan Taat Kepada Pemerintah Muslim.

5) Penjelasan Tentang Pengertian Negara Islam.

6) Penjelasan Tentang Kepentingan Merujuk Kepada Ulama.

7) Penjelasan Tentang Pentingnya Bimbingan Ulama.

8) Penjelasan Tentang Jenis-Jenis Orang Kafir.