Nabi Muhammad s.a.w merupakan insan paling mulia di sisi Allah dan makhluk-Nya. Baginda dimuliakan setiap makhluk yang ada di muka bumi. Lazimnya, Allah mengurniakan mukjizat kepada para nabi dan rasul sebagai tanda kemuliaan mereka dan membuktikan kerasulan mereka terhadap kaumnya.
Nabi Muhammad s.a.w dianugerahkan mukjizat paling agung iaitu Al Quran. Namun, terdapat mukjizat lain yang ada pada diri baginda yang jarang kita dengar. Menurut Dr. ‘Umar S. Al-Ashqar, Nabi Muhammad s.a.w dianugerahkan Allah hampir seribu petanda kepada baginda bagi membuktikaan kerasulan baginda.
eBook ini merungkai mukjizat-mukjizat Nabi Muhammad s.a.w insan termulia di sisi Allah.