Setiap pemimpin dilahirkan sebagai pemimpin. Rasulullah SAW berkata, “Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin itu akan ditanya tentang natijah kepimpinannya.” –Riwayat Bukhari dan Muslim
Untuk menjadi pemimpin hebat, tidak cukup hanya tahu memberi arahan sahaja. Malah, perlu bijak memberi keadilan, kesamarataan, kebebasan dan ketelusan kepada apa yang dipimpin. Maka, daripada situlah Rasulullah SAW telah dijadikan ikon sebagai pemimpin agung oleh seluruh umat manusia sehingga negara barat sendiri mengakui mengenainya.