登入選單
返回Google圖書搜尋
Terjemahan dan Syarah Manzumah Al-Qawaid Al-Fiqhiyyah
註釋

Ilmu Qawa’id Fiqhiyyah adalah ilmu yang sangat penting untuk dipelajari. Ia terdiri daripada kaedah-kaedah fiqh yang menggambarkan prinsip-prinsip Syariah dan konsep-konsep kukuh dalam fiqh Islam. Ia juga menjadi asas kepada penghasilan cabang-cabang hukum dan perincian kepada pelbagai persoalan yang timbul serta memberikan penyelesaian kepada kes-kes yang sentiasa berlaku dalam perundangan Islam. Kata Imam al-Qarafi, Qawa’id Fiqhiyyah mengandungi rahsia-rahsia syarak dan hikmah-hikmahnya. Setiap kaedah mempunyai furu’ dalam Syariah yang tidak terhitung banyaknya.

Antara teks yang penting dalam mempelajari ilmu ini ialah Manzumah al-Qawa’id al-Fiqhiyyah susunan Syeikh Abdul Rahman bin Nasir al-Sa’di (1308-1376H). Nazam atau bait-bait syair ini disyarahkan oleh beliau sendiri secara ringkas dan padat.

Risalah yang ringkas ini bertujuan untuk menterjemahkan dan menghuraikan Manzumah ini dengan terperinci lagi.