登入選單
返回Google圖書搜尋
註釋

📖 Rasa Jiwa: Rampaian Catatan Langkawi oleh Tengku Sabri Ibrahim


“Aku dipanggil ke persada seni rupa tanah air untuk membina sebuah arca dasar laut, lambang kelangsungan hidup masyarakat setempat dan kehidupan marin/laut di sekitarnya. Aku bawa berbagai rasa jiwa dalam jasad tua lagi kurang upaya ini untuk berbuat sesuatu kepada kesejahteraan negara. Moga usaha kecilku ini ada maknanya.”


📖 Sinopsis:


Rasa Jiwa: Rampaian Catatan Langkawi adalah himpunan catatan yang berupa catatan umum, beberapa buah sajak, fragmen cerita, pesan-pesan, catatan pemula idea, dan lain-lain yang diangkat daripada dua buah buku catatan bertulis oleh Tengku Sabri Ibrahim semasa menyertai program ‘Community Based Tourism: Arca Dasar Laut’ anjuran Balai Seni Negara di Kubang Badak, Langkawi di sepanjang bulan Mac 2022. Semua catatan adalah daripada pemerhatian penulis terhadap persekitarannya, termasuk terhadap sahabat-sahabat seniman yang turut bersamanya dalam program tersebut. Penulis juga merakamkan episod-episod daripada ingatan, mimpi, dan khayalannya.


Kerana sifat catatan yang bebas tidak tersusun, kita akan menemui catatan-catatan yang sepertinya ‘tergantung’ dan ‘tidak sudah’. Kandungan buku ini juga tidak disusun/disunting mengikut bab atau bahagian yang sewajarnya untuk mengekalkan kesan ‘kebersahajaan’ dan ‘tidak sudah’ tersebut.


✏️Mengandungi 238 buah catatan serta lakaran-lakaran terpilih oleh Tengku Sabri Ibrahim.


✏️Mengandungi catatan sambutan oleh saudara U-Wei Bin HajiSaari.


Terima kasih atas sokongan anda!


#RasaJiwaLangkawi

#SokongPokKuTerusMenulis