登入選單
返回Google圖書搜尋
Ranjau Sepanjang Jalan
註釋

MATI hidup dan susah senang dipegang oleh ALLAH S.W.T. Ini pegangan Lahuma sekarang. Malah, telah menjadi pegangan yang kukuh sejak zaman datuknya, Haji Debasa. Namun, Lahuma tetap meneruskan pegangan itu walaupun datuknya telah lama pulang ke rahmatullah.

Jeha juga serupa pegangannya. Dia cuma ikut suaminya saja. Ikutan itu bukan sekadar ikutan buta tuli semata-mata, tetapi Jeha pun ada pegang-an juga. Dia percaya sungguh bahawa mati hidup dan susah senang dipegang oleh ALLAH S.W.T.

Kesenangan dan kebahagiaan diterima de-ngan penuh kesyukuran. Diterima dengan ucapan alhamdulillah seribu kali. Penderitaan serta malapetaka yang menimpa pun diterima dengan ucapan alhamdulillah seribu kali juga. Demikian pegangan Lahuma dan isterinya, Jeha.