登入選單
返回Google圖書搜尋
Isu Akidah antara Salaf dan Khalaf
註釋

 Salaf atau lebih dikenali sebagai "ulama terdahulu" adalah generasi awal yang hidup pada tiga kurun pertama selepas kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Salaf terdiri daripada sahabat, tabi'in, dan tabi' tabi'in.

Khalaf atau lebih dikenali sebagai "ulama terkemudian" adalah mereka yang hidup selepas tahun 300 Hijrah.

Dengan mengambil pandangan wasatiyyah berdasarkan Al-Quran, hadith, serta pandangan ulama terkenal seperti Ibnu Taimiyyah, Ibnu Qayyim, Ibnu Kathir, dan Imam Al-Ghazali, buku ini menghuraikan secara terperinci perihal empat isu utama yang menjadi perselisihan antara ulama salaf dan khalaf. 

Isu Akidah antara Salaf dan Khalaf karya Dr. Yusuf Al-Qaradhawi ini mengetengahkan 4 usul daripada 20 usul yang disusun oleh As-Syahid Imam Hasan Al-Banna, iaitu:

Ayat Al-Quran ataupun hadith yang menyebut perihal sifat Allah s.w.t. iaitu perihal anggota zahir, perbuatan, dan gerakan yang menyerupai makhluk. Perihal para wali dan karamah mereka.  Menziarahi kubur, adakah sunnah ataupun bid'ah. Konsep tawassul kepada Allah s.w.t. melalui perantaraan nabi dan para wali.