登入選單
返回Google圖書搜尋
註釋

Angin malam berhembus lembut. Me­nyegarkan tubuh gadis itu yang dibaluti pakaian cantik. Bibirnya mengukir se­nyuman, menyaksikan keindahan ma­lam yang penuh berwarna-warni. Di dada langit, warna jingga kemerah-merahan masih samar-samar kelihatan me­nanda­kan tirai malam baharu sahaja berlabuh. Cuaca cukup  baik dengan bintang berkerlipan. Cahaya bulan yang malu berselindung di sebalik dedaun kelapa meliuk-lintuk dipuput angin. Alam seakan-akan turut bergembira meraikan malam itu. Malam pe­nyatuan jiwa mungkin untuk selama-lamanya.

Sitah tersenyum lagi. Kakinya mengorak langkah dalam gementar. Ruang tengah banglo mewah itu sesak dengan para tetamu yang pelbagai gelagat. Setiap kali berselisih de­ngan orang-orang kampung, Sitah tidak lupa me­nyapa mesra. Tangannya masih menggenggam erat sebuah bung­kusan be­reben merah. Dia menuju ke bilik ber­langsir ungu muda  yang terhias cantik. Hatinya tidak sabar-sabar lagi untuk me­nemui orang yang sangat dirindui. Langkah Sitah semakin lebar.