登入選單
返回Google圖書搜尋
MENCARI REDHA-MU
註釋

 Apabila kita melakukan ibadat, tidak memadai hanya bersertakan niat tetapi mestilah ber­landas­kan syariat dan diiringi dengan cara yang betul. Bukalah minda, lapangkan dada, terima kebenaran dan perbaiki kepincangan. Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan berdosa yang tidak mempunyai masa hadapan. 


Marilah kita bersama mendidik diri dengan men­cari redha ILAHI. Mudah-mudahan hidup kita sentiasa diberkati dan dapat mengecapi nik­mat kemanisan dalam memenuhi segala tun­tutan agama, duniawi dan ukhrawi.

Mencari Redha-MU mengadun variasi rasa pedas, manis, masam, masin dan pahit:
 Meraih cinta dan kasih al-Khaliq 
 Memupuk keintiman dengan ILAHI
 Meyakini bahawa doa adalah senjata
 Mengukuh keyakinan dan ketakwaan 
 Membuang rasa ego dan penyakit hati
 Menangani masalah dengan lapang dada
 Mencari rangkulan kudus yang Maha Esa
 Membuka minda dan menerima kebenaran
 Memaafkan dan mengusir dendam kesumat
 Menyedari segala tuntutan dan larangan-NYA