登入選單
返回Google圖書搜尋
Legenda Terowong Rahsia di Melaka
註釋

Kisah terowong bawah tanah yang terdapat di kota bersejarah Melaka telah wujud sejak zaman-berzaman. Terdapat pelbagai cerita tentang terowong yang berfungsi sebagai laluan kecemasan untuk gabenor keluar secara rahsia dari kubu serta terowong sepanjang satu batu yang pernah menghubungkan kubu Melaka dengan kubu di bukit St. John dan dibina secara strategik untuk mempertahankan kota tersebut. Terdapat juga kisah tentang sebuah terowong di bawah bukit St. Paul dan sesiapa yang memasuki terowong tersebut terus lesap kerana ditelan hidup-hidup oleh seekor ular raksasa mitos yang menjaga terowong itu.


Apakah rahsia di sebalik terowong itu dan mengapakah manusia sanggup bergadai nyawa turun ke dalam lubang yang gelap dan penuh misteri di Melaka itu? Adakah harta karun yang hilang masih tersembunyi di Melaka? Adakah Sultan Melaka yang terakhir menyembunyikan sejumlah besar simpanan emasnya selepas Portugis menawan Melaka dan ruang simpanan rahsia itu masih belum ditemukan sehingga kini? Adakah Melaka merupakan Semenanjung Emas seperti yang digambarkan oleh Ptolemy dan Ophir ialah sumber emas Raja Sulaiman?


Buku ini menyingkap lipatan sejarah yang merungkai legenda Melaka yang paling luar biasa dan menakjubkan.