登入選單
返回Google圖書搜尋
RISALAH MIMA Bil. 40/2023
註釋

Kerjasama dan Pembangunan Bersama Demi Keamanan di Laut China Selatan

Manila amat berang dengan tindakan pihak Beijing yang menggunakan pancaran laser dan melepaskan tembakan meriam air terhadap bot Filipina di perairan Laut Filipina Barat baru-baru ini. Tindakan pertelingkahan secara langsung ini boleh mencetuskan perbalahan yang parah.

Realitinya China adalah negara yang jauh lebih besar dan berkuasa daripada Filipina. Malah pengaruh geopolitik China adalah begitu kuat dan dominan. Pertelingkahan itu tercetus kerana melibatkan bentuk alam kecil yang tidak timbul ataupun kelihatan di permukaan semasa air pasang, iaitu salah satu kriteria untuk diiktiraf sebagai “pulau” dalam Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS) 1982. Ia tidak akan ditentukan kedudukannya jika tidak menepati kriteria UNCLOS.