Suhada merasa dirinya terbuang, kurang mendapat kasih sayang keluarga,
dan sering dicemuh dek kemiskinan, bukan sahaja oleh orang kampung dan
rakan sebaya, tetapi juga oleh ibu saudara dan nenek sendiri. Disebabkan
kemiskinan juga, Suhada menjalani hidup sebagai pelajar yang sederhana,
tanpa tujuan dan cita-cita yang tinggi. Dengan ketabahan, dan hasil
dorongan teman-teman, terutama Noor Effendi, anak muda yang menaruh hati
terhadapnya, dia akhirnya berjaya menjejakkan kaki ke menara gading...
walaupun Noor Affendi tidak lagi mengenalinya.