登入選單
返回Google圖書搜尋
註釋

Pada zaman ini manusia di seluruh dunia dipengaruhi oleh falsafah hidup berdasarkan kebendaan. Mereka terpesong daripada asas-asas kehendak fiṭrah manusia yang tulen. Mereka hanyut dalam arus kehidupan tanpa panduan untuk mencapai matlamat kebahagiaan yang abadi.


Pengetahuan mereka gagal membezakan antara kebenaran dan kebatilan; keadilan dan kezaliman. Walaupun mereka berjaya mengadakan cara hidup yang tersusun, mengadakan peralatan keperluan yang cantik dan mengagumkan, berjaya mendarat di permukaan bulan; tetapi kepintaran mereka tanpa panduan pengajaran para nabi yang sempurna tidak memungkinkan mereka membangun sebuah masyarakat berasaskan keadilan dan kasih sayang antara manusia dalam bangsa yang sama, malah jauh sekali untuk membentuk kasih sayang dalam kalangan bangsa lain.


Keadaan ini memang terbukti dan berlaku di Amerika Syarikat sebagai sebuah negara yang diakui jaguh demokrasi dunia di mana tidak wujud kasih sayang yang hakiki antara penduduk berkulit hitam dan penduduk berkulit putih, malah sering berlaku pertelagahan antara kaum secara berterusan. Demikian juga telah berlaku di Afrika Selatan dan negara-negara lain di Barat.

Persoalannya, apakah erti kehidupan yang dicari? Kehidupan bukan sekadar hidup, tetapi hidup bermatlamatkan kebahagiaan yang abadi untuk semua manusia di dunia ini.