登入選單
返回Google圖書搜尋
Seni Mengurus Parti: Mengekalkan Relevansi PPP dalam Menghadapi Cabaran Zaman
註釋

Buku mengenai kajian parti politik sudah banyak dilakukan. Namun, kajian mengenai pengurusan Parti Persatuan Pembangunan (PPP) belum dijalankan secara komprehensif sehingga menciptakan pelbagai masalah parti yang boleh mempengaruhi kelangsungan parti. Buku ini menerka mengenai sejarah perkembangan parti Islam di Indonesia, mengkaji secara komprehensif sistem pengurusan parti PPP, menganalisis kelangsungan parti PPP, dan mencadangkan penambahbaikan sistem pengurusan parti PPP. Pengkajian secara sistematis terhadap pengurusan parti PPP berasaskan sejarah dan fakta yang sedia ada atau pemikiran para tokoh organisasi Islam terhadap parti PPP di Indonesia.


Analisis kandungan dalam buku ini menunjukkan parti politik Islam Indonesia, seperti PPP, memberi tumpuan kepada umat Islam, nilai-nilai Islam, dan manfaat kepada masyarakat. Perbezaan ideologi antara parti Islam dan bukan Islam mencerminkan dinamika politik di Indonesia. Manakala, dapatan pandangan tokoh politik PPP mengenai PPP dan membandingkannya dengan parti islam lain di Indonesia. Faktor-faktor seperti sejarah, nilai Islam, pendidikan pemimpin, dan pengurusan diakui sebagai kunci kejayaan PPP Bagi objektif selanjutnya, kajian mengenal pasti cabaran PPP, termasuk pandangan pesimis, su kepemimpinan, dan persaingan undi, Kejayaan PPP dilihat bergantung pada sokongan, strategi, dan tindakan proaktif dalam menghadapi cabaran tersebut. 


Kelebihan PPP seperti kestabilan politik, ideologi Islam yang kukuh, sokongan ulama, dan kemampuan mengurus konflik juga dikaji rinci pada buku ini. PPP dinilai berjaya merepresentasikan berbagai aspirasi Islam dengan efektif. PPP menitikberatkan umat Islam, nilai Islam, dan manfaat sosial. Perbezaan ideologi antara parti Islam dan bukan Islam mencerminkan dinamika politik Indonesia. Buku ini penting bagi politisi umum dan politisi parti Islam khususnya untuk menggaris faktor-faktor kunci kejayaan dan cabaran, menegaskan kelebihan PPP dalam mewakili pelbagai aspirasi Islam dengan sinergi faktor internal dan eksternal yang kritikal.