登入選單
返回Google圖書搜尋
Al-Kafi Syarah Hadis 40 Imam al-Nawawi
註釋

Hadis 40 Imam an-Nawawi adalah sebuah karya agung yang menghimpunkan empat puluh dua hadis Nabi SAW yang sangat penting untuk pegangan umat Islam. Himpunan ini mewakili intipati dan teras ajaran Islam yang sempurna, merangkumi tema seperti niat, ibadat, iman, ihsan, ketentuan takdir, halal, haram, nasihat, jihad, ketaatan, keyakinan, kasih sayang, kehormatan diri, menghargai orang lain, akhlak mulia, mengikut sunah, bersederhana, penghakiman, mencegah kemungkaran, persaudaraan dan taubat.

Kitab ini menjadi rujukan umat Islam di seluruh dunia kerana membahaskan perkara usul dan prinsip dalam Islam. Hadisnya sahih dan menjadi asas kepada kaedah syariat yang penting. Karya ini sangat popular sehingga diterjemah, dihafal dan dipelajari dalam pelbagai bahasa di seluruh dunia. Hadis 40 Imam an-Nawawi adalah sebuah karya yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas, relevan sepanjang zaman.