登入選單
返回Google圖書搜尋
Benci Ke Sayang?
註釋

 Bertunang? Gila ke apa? Tambah-tambah lagi, bakal tunangnya adalah Dr. Qasyiful Hakim a.k.a Dr. serius 24 jamyang tak habis-habis dengan muka ketat dia. Oh, tidak! Stress la macam ni! Dia tidak mahu, tapi dia terpaksa. Bencilah!

 

Ah, Erena Amani kena cari idea untuk buat Dr. Qasyiful Hakim tarik diri dari pertunangan ni. Plan A? Hmm… gagal! Plan B? Gagal juga! Plan C pun sama. Pendek kata, semua plan gagal! Aduh, nak buat macam mana ni? Encik tunangnya itu langsung tidak terkesan dengan segala idea gilanya. Dia siap boleh tayang muka tak ada perasaan lagi.

 

“Awak dengar baik-baik, ya! Walaupun papa beria-ia nak saya kahwin dengan awak, tapi awak jangan berangan yang saya akan jatuh cinta pada awak!”

 

Kemunculan Natasya yang begitu mesra dengan encik tunangnya membuatkan  Erena  cemburu!  Eh,  aku  dah  terjatuh  cinta  ke?  Bermacam-macam  perkara  dilakukan  untuk  menarik  hati  Qasyiful,  tetapi  encik  tunangnya  itu  buat-buat  tak  nampak.  Lagi  parah,  Natasya  sentiasa  mencari  jalan  untuk  mengganggu-gugat  hubungan  mereka.