登入選單
返回Google圖書搜尋
Ringkasan Tafsir Surah Al-Fatihah
註釋

 Di antara tujuan kita membaca al-Quran, di samping kita beribadah mendapatkan pahala, selain itu juga untuk kita tadabbur, menghayati apa yang dibacakan, juga mengambil iktibar serta pengajaran daripadanya.


     Bagaimanakah agaknya kita hendak mendapatkan objektif dan matlamat ini sekiranya kita gagal untuk memahami apa yang dibaca? Jauh sekali untuk beramal dengan apa yang dibaca.

     Surah Al-Fatihah dinamakan sebagai ‘Ummul Kitab” (Ibu kepada kitab), dan merupakan surah pertama yang diturunkan sekaligus daripada ayat yang pertama sehingga ayat yang terakhir. Surah ini menghimpunkan secara umumnya keseluruhan maksud Al-Quran. Ia merangkumi aspek tauhid, hukum dan juga aspek pembalasan.

     Di samping itu, ia juga menjadi rukun solat, yang mana tidak sah solat seseorang apabila dia tidak membaca surah Al-Fatihah. Mengenangkan kita selalu dan berulang kali membaca surah Al-Fatihah ini, alangkah baiknya jika kita dapat menghayati maksud-maksudnya. Betapa ruginya orang yang terus menerus membaca surah ini di dalam solat mereka, tetapi dukacitanya mereka tidak memahami apa yang dibaca.

     Semoga buku ini menambahkan ilmu dan kefakihan kita untuk memahami dengan lebih baik maksud dan intipati di sebalik surah Al-Fatihah.

Kandungan:
=> Mukaqqimah
=> Surah Al-Fatihah 
=> Ayat 1
=> Ayat 2
=> Ayat 3
=> Ayat 4
=> Ayat 5
=> Ayat 6
=> Ayat 7
=> Soalan Lazim 
=> Biografi Penulis