Kalimah Allah adalah merupakan hak eksklusif umat Islam.
Isu kalimah Allah ini kembali bergema lagi apabila pihak kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri baru-baru ini telah membuat keputusan menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Mac 2021 yang telah memutuskan bahawa penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah ‘Allah’ bersama tiga perkataan Arab lain iaitu ‘Baitullah’, ‘Kaabah’ dan ‘solat’ dalam penerbitan bahan agama mereka untuk tujuan pembelajaran.
Di dalam isu ini, Almarhum Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din amat tegas akan pendiriannya iaitu, kita menyembah Allah SWT sejak dari dulu lagi. Allah SWT itu Tuhan kita. Sedang orang Kristian menyembah ‘God’. Dan ‘God’ itu tuhan mereka.
Maka, di dalam risalah ringkas ini, kami himpunkan penjelasan yang tuntas yang telah dikongsikan oleh Almarhum Ayahanda Tuan Guru menerusi rakaman ceramah beliau yang telah diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah, Shah Alam, Selangor pada 18hb Januari 2013 dan juga beberapa himpunan ceramah serta kuliah yang khusus menjelaskan akan isu ini.
Semoga usaha kecil ini mendapat reda Allah SWT dan Almarhum Tuan Guru diberi ganjaran pahala berlipat kali ganda oleh-Nya, insys Allah.