“Kenapa kita dah tak macam dulu lagi?”
“Ada masanya, saya rasa sendirian. Awak cuma ada secara fizikal tapi emosi & fikiran di tempat lain.”
Orang cakap, makin lama berkahwin kita akan makin kenal dengan pasangan, makin faham perangai dia, makin serasi sepatutnya. Tapi, kenapa hubungan kami terasa hambar?
Perbualan hanya sekitar perkara rutin harian. Ada waktunya lebih banyak bergaduh daripada bersefahaman. Lebih banyak memendam perasaan berbanding meluah.
Hakikatnya membangun sebuah rumahtangga adalah satu proses panjang yang tiada noktah akhir.
Melalui buku ini, Aiman Azlan dan Dr. Harlina menghuraikan bagaimana perhubungan suami isteri boleh bertukar hambar dan ada kalanya tegang. Seterusnya mereka menggariskan panduan penting buat pasangan yang sedang berhadapan dengan fasa mencabar ini.