登入選單
返回Google圖書搜尋
註釋

 Memang sukar untuk digambarkan bagai­mana perasaannya. Kecewa, sedih dan pilu bercampur baur sehingga dia benar-benar tidak dapat berkata apa-apa. Dia rasa mahu menangis dan di masa yang sama dia rasa mahu menjerit sekuat hatinya supaya orang tahu perasaan yang di­alami­nya. Kadangkala dia rasa adakah dia ber­mimpi? Namun dia tahu semua itu adalah satu kenyataan.

Dia terpaksa menerimanya, dia terpaksa meng­hadapi­nya. Siapakah yang mahu terluka dalam hidup? Siapakah yang mahu menempuh rasa kecewa? Dia ter­ingat­kan kasih yang disemai sekian lama. Dia benar-benar tidak sangka kasih yang di­semai dan dibajai dengan sebaik-baiknya akan musnah begitu sahaja. Dia masih teringat-ingat kalimah dan berita yang diterimanya siang tadi. Berita yang hampir meragut perasaannya.