Mustafa Akyol menulis buku ini atas beberapa sebab antaranya ialah untuk melawan arus Islamophobia di Barat, serta untuk mengambarkan sebuah sejarah tamadun Muslim yang tepat, atau untuk mengkritik regim autoritarian di negara-negara Timur Tengah. Namun sebab yang paling penting buat saya untuk menulis buku ini ialah kerana saya menjadikan ia satu misi peribadi saya: iaitu untuk menghidupkan semua nilai kebebasan dalam pemikiran teman-teman Muslim saya.
Namun mengapa sebenarnya nilai kebebasan ini begitu penting? Mengapa kita memerlukannya? Adakah nilai kebebasan ini adalah sebahagian daripada nilai Islam?